Selamat Datang

Positifkan MINDA anda untuk mengalami CABARAN masa kini.
BERANI BERUBAH ATASI DILEMA..
- Belenggu Masalah Kewangan
- Pinjaman BANK,PTPTN,ALONG
- Kad Kredit
RENUNGAN
Yang paling senorok dalam hidup ialah membuat HUTANG tetapi yang paling tidak senorok iaitu TERPAKSA MEMBAYAR HUTANG.
Meminjam itu melegakan tetapi membayar semula itu MENYAKITKAN.
Kata Orang :
"Tak berhutang tak berharta".
Tetapi sebelum kita menjadikan sikap itu sebagai satu amalan,cuba kita fikir dua,tiga,empat kali.

Kajian KES !!!

KAD KREDIT
Kepada mereka yang mengalami masalah kewangan,kad kredit adalah back up yang utama.Persoalan itu hanya mampu dijawab oleh diri masing-masing kerana keperluan dan kehendak.Apa yang pastinya jumlah tunggakan hutang kad kredit sehingga sehingga Disember 2007 berjumlah :
RM23.3 BILLION.

Bilangan Pemegang Kad Kredit yang MUFLIS :
Tahun 2007 = 1,873 orang
Tahun 2006 = 1,656 orang
Tahun 2005 = 1,479 orang
Tahun 2004 = 1,397 orang

Manakala untuk tahun 2010 peningkatan sebanyak 30 % dari Tahun 2007.

PINJAMAN PTPTN
Daripada 534,000 peminjam PTPTN diseluruh negara,
324,000 telah jelaskan pinjaman mengikut jadual.
Lebih 200,000 lagi masih belum membuat sebarangan pembayaran walaupun kebanyakannya sudah berkerja.

PTPTN kaji bayar ketika BELAJAR
Pengerusi PTPTN,Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata langkah ini bertujuan untuk mengelakkan pelajar menanggung hutang lebih tinggi dan mengelakkan daripada jumlah hutang tertunggak semakin meningkat.


LANGKAH PENGUATKUASAAN DIBUAT
Mengiklankan nama peminjam di media.
Menyeranaikan hitam dan menghadapkan ke mahkamah.
Mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi.
Menghalang mereka ke luar negara termasuk mengerjakan   umrah/haji.

STATISTIK AGENSI POLIS KEBANGSAAN
Kes PEMBUNUHAN DIRI yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan pula menunjukkan arah yang membimbangkan.

25.8 % - Masalah KEWANGAN
52.5% - Kesukaran menjelaskan HUTANG
21.7% - Muflis atau Masalah Perniagaan

Masalah tersebut semakin bertambah teruk lagi dengan menganggapkan bahawa bunuh diri sebagai tindakan TERHORMAT dan cara memikul tanggungjawab diatas KEGAGALAN.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS